Baik buruk pelaburan

PERSONAL FINANCE
Pemuda Ini Simpan 30% Gaji Sebulan Tapi Saya Masih Kata Dia Tersilap
17 May, 2015
pemuda simpan duit

Dikongsikan dalam blog dengan izin. Sekadar idea bagaimana nak save 30% daripada gaji bulanan, walaupun baru fresh graduate. Tiada yang mustahil.

Pendapat saya, masih banyak lagi yang silap walaupun simpanan 30% sebulan.

Saya berumur 23 tahun dan mempunyai pekerjaan tetap. Saya mula bekerja kurang 6 bulan setelah tamat belajar dan telah berkerja hampir 1 tahun 6 bulan dan Alhamdulillah, saya bekerja di negeri kelahiran saya. Ini menguntungkan saya kerana saya tidak perlu memikirkan sewa rumah disebabkan saya tinggal bersama ibu bapa saya.

Oleh itu, makan minum dan duit minyak harian saya dapat dijimatkan. Disebabkan saya seorang yang agresif dalam memikirkan perancangan kewangan dan persaraan, maka banyak langkah yang telah saya ambil. Dengan gaji kasar bulanan sekitar RM 2000++, saya menyertai pelbagai pelan kewangan yang terdapat di pasaran.

Saya memperuntukkan RM 110 untuk simpanan ASB bulanan, RM 110 untuk pelan takaful kesihatan hayat beserta pelaburan, RM 100 untuk simpanan Skim Persaraan Swasta ( PRS ), RM 100 untuk simpanan unit trust Public Mutual dan PM Investment, RM 100 untuk pembelian emas secara tetap setiap bulan, RM50 Tabung Haji dan juga RM 100 untuk pelan takaful persaraan ( tempoh matang 30 tahun ).

Secara kasar, saya memperuntukkan sekitar 30 -35% gaji bulanan saya untuk simpanan + persaraan. Kesemua pelan ini adalah sebahagian matlmat saya sebelum usia saya menjejaki 30-an kelak. Bagaimanapun, masih terdapat satu lagi matlamat yang belum tercapai, pemilikan rumah. Saya mahu mendapatkan rumah tetapi hanya bercadang mahu menyediakannya kepada penyewa.

Ini kerana, projek perumahan yang bakal dibangunkan masih dalam proses cadangan. Ia memiliki potensi kadar penyewaan yang tinggi memandangkan ianya hampir dengan IPT. Disebabkan lokasi IPT tersebut seperti tempat jin bertendang maka ia memaksa ramai pelajarnya mencari rumah sewa sehingga jarak menjangkau 5-8KM dari kampus mereka. Projek perumahan yang bakal dibina kelak memiliki potensi kadar sewa yang memberansangkan dan ia akan dibangunkan dalam tempoh kurang 5 tahun akan datang.

Soalan saya adalah, sekiranya saya ingin memiliki rumah tersebut saya memerlukan pendahuluan 10-15% daripada harga rumah. Anggaran awal harga rumah seunit adalah sekitar RM 70K – 85K. Sekiranya diikutkan, 10% – 15% adalah masih merupakan jumlah yang tinggi terutama bagi saya yang baru bekerja.

Adakah saya perlu konsisten menyimpan duit untuk tempoh 5 tahun atau perlu menjual sedikit saham/ unit amanah saya? Saya dalam dilema kerana matlamat kewangan saya adalah untuk menyimpan pada hari tua dan pada masa yang sama, saya ingin mendapatkan rumah pertama saya. Diharap tuan dapat memberi sedikit pandangan.

P/s : Saya tidak ada kereta, guna motor je pergi kerja.

Simpan duit memang bagus, tapi pada usia muda, kena pilih tempat simpan duit yang betul.

1) Kesilapan pertama saya nampak kat sini ialah menyimpan di PRS pada usia muda macam ni.

PRS ni objektif dia lebih kurang macam objektif KWSP. Untuk menyediakan simpanan selepas bersara nanti. Jadi dia pun guna same rule dengan KWSP iaitu mengehadkan pengeluarannya pada umur tertentu.

Untuk PRS, simpanan dibahagikan kepada dua akaun, 70% masuk akaun A dan 30% masuk akaun B. Akaun A tak boleh dikeluarkan sehingga mencapai umur tertentu, manakala akaun B boleh dikeluarkan selepas setahun dan dikenakan caj RM25 + 8% penalti cukai. Caj penalti cukai ni tinggi.

Saya ada sarankan buka akaun PRS dulu tapi yang tu untuk ambil insentif RM500 tunai daripada kerajaan je. Bila dah dapat insentif tu, cukup. Biar duit yang ada tu grow sendiri.

Senang cerita, PRS ni duit masuk one way sahaja. Dah tua nanti baru boleh dikeluarkan. Tapi takpe, yang dah ada dalam tu, biarkan. Lepas ni boleh stop simpanan di sini.

2) Kedua, komen saya adalah pada pelan takaful persaraan RM100 sebulan. Pelan macam ni bagus, cuma tak bagusnya ambil awal sangat sebab tambah komitmen. Pelan takaful peribadi ni kalau boleh kita pastikan tak lebih daripada 10% pendapatan bulanan kita. Bila pendapatan bertambah, baru tambah pelan, ikut keperluan.

3) Tentang simpanan unit trust. Memang semua orang akan tertarik dengan potensi pelaburan unit trust. Tapi kena ingat, sebelum untung, anda dah bayar 5% kepada syarikat. Jadi kalau nak betul-betul untung, fund ni kena perform sekurang-kurangnya 15% setahun, baru berbaloi.

Kita tengok prestasi fund daripada Public Mutual yang menang anugerah tahun lepas. 3.2% je. Letak dalam ASB lagi untung, takde caj 5% kemudian dapat dividen + bonus 8%.

public islamic opportunities

Untuk yang bekerja dan buat simpanan bulanan untuk beli rumah atau berkahwin, saya tak galakkan lagi simpan dalam unit trust. Simpan duit dalam unit trust ni perlu lebih daripada 3 tahun untuk nampak hasil yang berbaloi kalau bernasib baik.

Bagi yang baru bekerja, kalau boleh kena beli rumah dalam masa tiga tahun pertama selepas bekerja. Jadi kalau banyak duit disimpan dalam unit trust macam mana? Terpaksa jual dan rugi kalau fund tak berapa nak perform dalam tahun pertama dan kedua.

Yang jual unit trust tak ajar anda perkara ni. Semua cerita pasal retirement fund dan historical performance yang hebat-hebat. Mereka tak kisah kalau prospek belum ada rumah atau pelan takaful, yang penting prospek bagi duit pada mereka, tak dapat banyak, RM100 sebulan pun jadi. Mereka jual fund unit trust kepada anda supaya mereka boleh beli rumah dan ambil pelan takaful.

Bila boleh start menyimpan dalam unit trust? Bila perkara yang banyak guna duit dalam hidup seperti beli rumah dan kahwin dah diselesaikan. Dalam erti kata lain, bila diri sendiri dah stabil. Kalau baru bekerja, saya tak galakkan.

Saya bukan anti penjual unit trust, saya cuma anti mereka yang bagi nasihat kewangan yang salah sahaja.

4) Pembelian emas. Saya ada simpan emas, tapi sekadar simpan. Saya tak tambah simpanan ini. Kenapa? Sebab emas ni ada masanya tak laku. Kena cari dealernya baru laku, kalau tak terpaksa jual di bawah harga pasaran. Saya lebih rela beli saham simpan 10 tahun daripada beli emas.

Tapi kalau ada framework sendiri untuk jual beli emas dan boleh dicairkan dengan cepat tanpa kerugian untuk beli rumah, tak mengapa. Saya harap perkara ini dah dikaji terlebih dahulu.

5) Apa yang betul pemuda ini lakukan adalah simpanan RM50/bulan di Tabung Haji, simpanan RM110/bulan di ASB dan pelan takaful RM110/bulan. Pelan takaful sendiri bagus diambil pada umur muda sebab murah dan perlu ada sebab bila dah sakit nanti, tak boleh ambil dah.

Masa bekerja mungkin boleh bergantung harap kepada ehsan majikan, tapi kalau diberhentikan atau dah bersara, jadi kurang cerdik dah bila terpaksa keluarkan wang simpanan untuk bayar bil perubatan sebab takde pelan takaful sendiri.

Simpanan di Tabung Haji & ASB risiko rendah dengan pulangan yang agak menarik. Nak lebih boleh simpan dalam ASB.

6) Pelaburan hartanah untuk sewaan pelajar IPT tempat jin bertendang.

Pelaburan hartanah ni ikut supply and demand. Kalau student banyak, tempat tinggal tak cukup, maka demand tinggi dan sewa boleh jadi mahal. Dalam hal ni, potensi dah ada. Student banyak, tapi tempat tinggal terdekat agak jauh.

Cuma satu yang saya tak gemar tentang IPT tempat jin bertendang ini ialah kalau tiba-tiba IPT tersebut kurangkan pelajar atau pindah kursus ke cawangan lain, tak ke naya macam tu? Benda ni memang berlaku ya.

Pelaburan hartanah ni perlu bergantung kepada banyak aspek untuk memastikan penyewa sentiasa ada di lokasi pelaburan tersebut. Kalau bergantung kepada IPT tu sahaja, maka risikonya agak tinggi.

Cara nak kurangkan risiko adalah dengan maklumat yang betul tentang masa depan IPT tersebut. Ada potensi nak berkembang / tambah kursus atau tidak? Berapa ramai pelajar yang menyewa di luar sekarang? Adakah angka ini bertambah setiap semester? Benda ni semua perlu tahu dan tak susah pun nak tau. Tanya je student-student kat sana.

Ada beberapa tahun lagi sebelum projek perumahan tu bermula, jadi boleh buat homework dulu dan kaji samada lokasi tersebut benar-benar berpotensi atau tidak.

7) Last sekali tentang modal nak beli rumah tu, kalau tak cukup, itulah gunanya simpanan yang dibuat sekarang. Harap yang disimpan dalam unit trust tu dapat pulangan >5%. Kalau tak, pilihan yang lebih baik adalah dengan menyimpan dalam ASB / TH. Kalau cerita nak beli setahun dua lagi, dengan kadar simpanan macam ni, cukup punya untuk downpayment.

Untuk usia muda macam ni, fokus pada strategi ini je, simpanan di tempat yang mudah, no cost dan low risk untuk beli hartanah.

Harap input saya ni dapat bagi idea kepada yang lain tentang bagaimana nak cara simpan duit yang betul untuk fresh graduate. Untuk pemuda ni, walaupun saya cakap silap, saya tak risau sangat tentang keadaannya sebab dia simpan banyak sebulan. Silap tempat menyimpan ni takpe, makan masa lebih sikit untuk dapat pulangan yang baik.

Saya lebih risau ramai fresh graduate di luar tu yang tak reti menyimpan dan tak ada simpanan..

Saya buka untuk anda semua beri pendapat dan buah fikiran untuk pemuda ini.

Ariff
Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

4
PREVIOUS
Renovation Rumah
NEWER
Bundle of Joy
Random Posts

Emas Sebagai Simpanan
23 December, 2015
Takaful Untuk Lifestyle
7 February, 2015
Subjek Yang Perlu Diajar Di IPT
10 May, 2017
38 Comments

Syazwan 15 June, 2015 at 12:24 pm
Terima kasih. Info yg sgt berguna.
mintak pendapat semua. gaji saya RM2000 sahaja. lpas tolak epf socso tgl la dlm RM 1750. Mulai bulan jun saya buat potongan RM600 ke tabung haji utk simpanan kahwin. selebihnya saya bercadang utk berkereta dalam lingkungan 350. jd total balance kasar dlm RM850. tu pun belom tolak bayar PTPTN dan bg Emak, total utk ni dlam RM200. kos bulanan dlm RM400. tgl RM250.
jd soalan saya kedapa pakar semua..
1. adakah apa yg saya buat ni jalan yg effektif. baki ni baik simpan ke mana?
2. jika saya kawin dalam masa 12 bulan akan dtg, haruskah saya teruskan simpanan dgn jumlah tersebut? dan agihkan ke saluran pelaburan yg lain.?

ROSZ 11 June, 2015 at 3:19 pm
Perkongsian yang sangat menarik untuk golongan fresh graduate!!

brightstar 26 May, 2015 at 1:03 pm
soalan/nasihat:
1) sekiranya umur berada paras warga semi-emas (35-40 tahun), masih tiada pekerjaan yang tetap – swasta mahupun kerajaan.
2) mempunyai ijazah sarjana tempatan – blajar duit sendiri jugak uols.
3) x dpt nak menyimpan kerna terlalu banyak perkara yang di luar jangkaan (terlalu banyak – tak terduga dek akal fikiran) – konsepnya ala2 lagu Suratan Dan Kebetulan ‘ sesuatu yg tak disangka, seringkali mendatangi kita…..’
4) tiada keluarga – ibu bapa, adik-bradik, mahupun sedara-mara. hanya menumpang kasih dengan beberapa kawan sahaja – tapi sampai bila kan… diaorng pun ada keluarga.
5) usaha dan kehidupan harus diteruskan dan tiada alasan dari semua di atas. tapi berbalik kpd perkara 1) di atas iaitu tiada pendapatan dan pekerjaan tetap.
Bagaimanakah untuk mengecapi kehidupan yang berharta dengan perkara2 di atas? umur makin lanjut nih… (bahagia dan kesenangan tidak dinyatakan di sini kerana bahagia dan kesenangan bukanlah berlandaskan materials semata2 ).
Terima kasih Tuan blogger yang good-looking.
*mode: jatuh cinta… tapi apakan daya… sudah berpunya… frust hokey… – terus pasang lagu Terlerai Kasih oleh Kak Wann..*

Zfarina 24 May, 2015 at 9:42 am
Banyak benda yang saya baru tahu lepas baca post ni. Macam PRS dan unit thrust. mungkin kurang kesedaran atau kurang membaca. Apa yang saya buat sekarang ialah simpanan ASB, tabung haji dan insurans.
Boleh saya tahu tak macamana plan untuk pembelian rumah sendiri?. sebab sekarang saya belum berkahwin,

NarshifaGold 24 May, 2015 at 1:58 am
Assalam…
Ramai yang fikir rugi beli emas sebab beli dengan tujuan dapatkan untung dalam jangka masa pendek dan melabur tanpa ilmu dan menghadkan pembelian emas kepada satu bentuk emas sahaja.
Apa kata mula dengan mindset “tukar simpanan wang kepada simpanan dalam bentuk emas” kerana memang tak dinafikan emas menguntungkan dalam jangka masa panjang, oleh itu untuk simpanan jangka masa panjang spt simpanan FFA atau LTSS tiada ruginya disimpan dalam bentuk emas. Malah emas yang disimpan 1g sebulan tu bila dihimpun dan banyak, boleh membantu disaat kesempitan nanti. Apatah lagi bila kita ada banyak kedai pajak dengan sistem Ar-Rahnu.
Harus difahami, bukan 100% simpanan kita wajib dalam bentuk emas ye. Dan simpanan tu sendiri ada banyak jenis berdasarkan purpose simpanan, mengikut apa yang saya pelajari.
Jemput kongsi ilmu dan rezeki di website saya.

Amir 22 May, 2015 at 12:25 am
hebat anak muda ni..ada kesedaran untuk menyimpan sejak dari usia muda, dan nampak potensi buat duit dalam hartanah 🙂

Taufik Mansor 21 May, 2015 at 10:11 pm
Tuan Ariff. Mengenai point no 4 tu iaitu pembelian emas. Kalau nak beli emas better beli ngan Public Gold. Senang beli dan senang jual balik. Lagipun ada 18 cawangan di seluruh malaysia. Untuk usia muda better simpan 1gram sebulan at least. Setahun dah 12gram kn. Lagipula emas kalis inflasi. Simpan duit mmg bagus tp ade inflasi. Apapun sekadar pendapat saya. Salam.

kaki pelangi 20 May, 2015 at 1:08 am
bagus perkongsian ni terutamanya untuk sy yg sedang plan untuk buat saving. Sangat membantu. terima kasih

Aida 19 May, 2015 at 9:43 pm
Mula-mula baca pun dah sependapat dgn Arif pasal Takaful persaraan, emas & unit trust tu.

L 18 May, 2015 at 10:38 pm
ATTITUDE !
Ini lah KEY paling utama dlm perancangan kewangan. Nk simpan lebih gaji kena lebih itu lah realiti nya.
Sy mula berkerja lepas abis stpm dgn tawaran gaji 1300 sebulan dan pada masa ini sy telah membeli sebuah kereta baru dengan bayaran bulanan 422 sebulan.
Setelah setahun berkerja sy bertukar kerja di tempat lain dengan gaji 2200 sebulan. Setelah enam bulan berkerja sy mendapat tawaran kerja di tempat lain dengan gaji 5500-6000 sebulan.
Dengan gaji yg agak tinggi pd usia sy 22 thn ketika itu. Sy telah membuat ASB loan sebanyak 200k selama 25thn dgn bayaran bulanan 1175 sebulan. Sy tidak mengusik dividen ini ini selama 4thn.
Pd thn lepas sy ingin berkahwin dan telah mengeluarkan 30k utk majlis perkahwinan sy. Dan pd thn yg sama juga sy telah mendapat rezeki membeli rumah pertama sy dgn harga 125k walaupun harga market di kawasan itu 220k. Duit ASB dikeluarkan lg sebanyak 20k utk renovation rumah dan membeli barangan kelengkapan rumah.
Kini di usia sy 27thn sy telah membuat lebih 50% simpanan drpd gaji sy supaya sy dpt retire ketika umur sy 40thn kelak. Sy telah membuat lg ASB loan sebanyak 200k atas nama isteri dengan bayaran bulanan 1115 selama 30thn. Insurans amat penting jd sy mengambil Medical card plus saving dgn byaran 250 sebulan selama 20thn.
Setiap bulan sebanyak RM 3580 hanya untuk membayar bil kereta,insuran,ASB dan rumah shj. Tidak lagi termasuk perbelanjaan rumah dan bil api air. Apa yg penting generasi muda perlu berusaha mencari perkerjaan yg dapat memberi gaji yg berbaloi dan paling penting berhentilah melepak dan membuang masa di dataran.
Kini perancangan sy utk mbeli sebuah lagi rumah lelong untuk tujuan sewa. Pd usia 30 sy merancang utk menanam pokok gaharu sebagai misi terakhir sebelum bersara.
Akhir kata banyak kan lah bersedekah utk dimurahkan rezeki. Daddy to be next month. Seriously mmg 1 penantian yg menyeronokkan !!

suhaimi 18 May, 2015 at 10:31 pm
Saya stakat ni buat loan asb 30k bulanan 181 dengan basic gaji 1400. Bulanan kereta 270 dan sewa rumah 170. Gaji basic kalau dicampur overtime 2k dapat. Jadi saya nak tau apa lagi cara saya nak tambahkan pendapatan untuk kumpul modal beli rumah? Stakat ni loan asb je ada + saving sendiri 150 per month.

DILLA 15 June, 2015 at 10:40 am
Ramai yg x faham psl Asb loan… sbg perancang kewangan islam… kami x galakkan org ramai amik asb loan.. sbbnye ade interest y dikenakan oleh bank… kalau tgk btl2.. katakan dividen 8% dan interest y kene cover sekitar 3-4%.. real dividend y you dpt hny 4-5% shj… n kalau nk tau asb sbnrnya kalau akaun asb ni aktif kuar masuk.. actually you xkn dpt bulat2 8%. Asb akn amkk y min dlm simp. Kecuali letak lumpsum n tunggu smpai 10 thn bru amik. Bru u dpt bulat2.. as en. Ariff x setuju dgn sstgh perancang kewangan.. sy personally pn x setuju dgn perancangan kewangan en, ariff… actually, kite hidup bkn nk maximizekn kesenangan dunia je.. tp nk maximizekn jgk kehidupan selepas mati… x semua financial consultant consult org utk nk kayakn poket depa… but its ok, cume kalau blh sama2 la kite ubah niat, utk berdakwah n bantu org,, y penting educate depa utk jauhi riba, gharar, n maisir dlm transaksi.. itu tujuan utama dan beza kite sbg financial consultant islam compare with non muslim financial consultant,,, just my 2 cents.
Financial consultant.

kereta sewa subang 18 May, 2015 at 9:37 pm
Thanks for the info. Sangat2 bagus, insyallah i follow.

razor14 18 May, 2015 at 5:00 pm
sekadar berkongsi dan mohon pendapat if any:
saya dah bekerja hampir 6 tahun dalam industri kejuruteraan dan first mission saya utk dapatkan income 5k masa umur 30. Alhamdulillah Allah bagi rezeki utk merasai itu semua, malah telah melepasi kpi. syukur sangat2. (baru cecah umur 30 minggu lepas 🙂 ).
Alhamdulillah saya sudah memiliki rumah sendiri, kereta, motor dan paling penting keluarga sendiri dgn sepasang cahaya mata. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
strategi saya dalam menjana pendapatan:
1. melibatkan diri dalam pasaran saham (KLCI). orang melayu agak kurang melibatkan dalam bidang ini. pendek cerita HIGH RISK but If the market goes well, anda akan dapat high income dalam sekelip mata. saya HAMPIR2 dapat menjana pulangan sebanyak RM80k tidak sampai setahun, tapi unit saya pegang dijual lebih awal 3,4 hari sebelum hit the peak price. (x de rezeki but still dapat untung dalam 4k)
2. simpanan ASB dan Tabung Haji secara disiplin (t.haji saya buat secara salary deduction, PENTING utk masa depan anda)
3. beli kereta second hand but still good condition utk perjalanan jauh. tujuan strategi ini utk mengurangkan bebanan bulanan. (RM650/month)
4. memberanikan diri cebur dunia perniagaan. Modal?? Tiada modal secara tunai di tangan. Saya buat personal loan tapi dengan syarat, buat settlement utk hire-purchase loan dan credit card. so loan kereta setel !.
duit balance saya buat bisnes dengan belian barang or asset hampir 60K. Alhamdulillah bisnes sedikit maju dan mula mengorak langkah untuk all out semua belian asset or barang2 (duit loan dah habis pakai bulan lepas). InshAllah mudah-mudahan dapat menuaikan hasil dalam masa terdekat. (target 2-3 tahun)
SEkian…

razor14 18 May, 2015 at 4:35 pm
perkongsian yang bagus!!!

shikin 18 May, 2015 at 3:11 pm
Salam. Terima kasih atas pandangan saudara dan terima kasih sebab menyumbang idea and urgency kepada masyarakat sekarang untuk simpan duit. Cuma saya tak bersetuju tentang fund Public Mutual tu.. yes, saya agen Public Mutual. 🙂
Saya tak de la nak cerita panjang sangat.. cuma minta saudara kaji semula graf tu lagi sekali. Charge 5% memang ada upon initial investment. (Bukan setiap tahun, takut ada yang keliru). Kalau tiap2 bulan masuk duit tiap bulan la kena. But.. rate of return tu.. avg 11.49% dlm masa 7 tahun.. tak adil nak judge on last yr performance sedangkan tahun2 sebelumnya investor enjoy berbelas dan berpuluh %. Kalau kita compare dgn ASB avg rate dlm 8-9%.
Saya setuju Public Mutual memberi pulangan hanya dengan pelan jangka masa panjang.. cuba kurang setuju dengan penjelasan saudara tentang return 2014.
Saya berminat untuk jumpa saudara.. mana tahu boleh share skill.. kalau sudi boleh email saya? shikinutc@yahoo.com. maybe kita boleh borak panjang..
Thanks. Salam.

bukit gambang 18 May, 2015 at 1:43 pm
terima kasih atas info, baru tau mana yang lebig utama..

BUNDA 18 May, 2015 at 1:41 pm
Perkongsian yang sangat baik….

Mohamad Farid Ruzain 18 May, 2015 at 1:37 pm
Assalamuaaaikum..
Saya Membuat Loan Asb sebanyak 200K dengan anggaran bulanan RM1200 selama 25 Tahun..Baru2 ini saya telah mengambil Insurans Sebanyak RM250.Purata Gaji saya dalam sebulan hanya dalam RM2000 sahaja…Adakah strategi saya betul dalam merancang kewangan saya?Saya mengambil keputusan untuk tidak menyentuh dividen tahunan asb dalam 5 tahun pertama ini..Ini adalah tahun kedua saya dalam urusan asb?
Mohon Pakar2 Tolong Comment adakah tindakan ini betul ketika ini..

arfa 18 May, 2015 at 5:02 pm
wow bg sy
buat loan asb tu bgus tp tgk kepada keadaan kewangan awk. dengan average salary 2k then awk loan 200k sbb nya awk nk pulangan cpt dan byk. kalau takde liability lain takpe la. utk org da ade kereta mnyewa berkahwin atau nk kahwin dan sebagainya mmg ta kene. loan ni memaksa kita byr every month so nmpk la disiplin dlm menabung mcmtu. hihii bgusnya awk ta sntuh dividen so duet akan belipat ganda. hihii tu smua depends pd diri awk kalau awk mampu survive 2k dgn 200k loan. kenapa tidakk. 🙂

Dr Fattah 18 May, 2015 at 12:14 pm
nasihat dari mereka yang berpengalaman amat amat diperlukan.

rahimah 18 May, 2015 at 7:51 am
Emas itu simpanan jangkamasa panjang. Jika terdesak mudah di cairkan. Skim Persaraan Swasta dan Pelan Takaful Persaraan tu rasanya tak perlu sangat sebab KWSP dah ada. Duit yang di reservekan untuk kedua-dua ini boleh di buat simpanan sebagai deposit rumah.

halif 18 May, 2015 at 1:33 pm
Kak yg cantik, kwsp saje tak cukup utk persaraan. Nak ke lepas pencen, akak ada rm800-1000 je sebulan utk perbelanjaan… xboleh solely depend on epf saje…

rahimah 18 May, 2015 at 2:39 pm
Itu pendapat saya.Pulangan dari pelaburan untuk rumah pada saya lebih tinggi . Walau dapat RM 2000 sebulan sekali pun nilai duit pada masa tu sangat rendah .Dua ribu sekarang tak sama dengan dua ribu yang akan datang. Harga rumah jarang makin turun kecuali recession atau silap teknik masa beli rumah.

Choon Heng 18 May, 2015 at 7:28 am
Selamat sejahtera! Bagus entri anda. Bagaimana pula dengan non-Muslim? Dekat pelaburan mana yang boleh meningkatkan pelaburan mereka? Sekian, terim kasih.

Fazrol 18 May, 2015 at 1:11 am
Yang bagusnya, muda-muda dah sedar tentang pengurusan kewangan..
Bagus… At least belajar dari kesilapan…

Fresh grad 18 May, 2015 at 12:53 am
Sy pulak da genap setahun berkerja,,dgn gaji bersih purata rm 2800…dlm masa 10 bulan sy telah menyimpan rm 1000 sebulan ke akaun asb,, tetapi lps tu sy telah membuat loan asb sebanyak rm 100000 dgn instalment rm 570 sebulan dan membeli sebuah kereta dgn instalment sebanyak rm 330 sebulan…masalah sy selpas membuat loan asb dan membeli sebuah kereta,sy sukar utk membuat simpanan lg.Adakah tindakan sy membuat loan ASB berbaloi?

km25 18 May, 2015 at 11:42 am
Berbaloi jika anda tak menggunakan dividen tersebut untuk perkara lain, selepas setahun duit gaji anda boleh simpan tempat lain seperti tabung haji

mbs 27 May, 2015 at 8:50 am
tak berbaloi untuk 100k… 20% daripada gaji…
kena kaji balik pengurusan kewangan anda..kira semua tangungan anda sebelum membuat satu-satu pelaburan. ASB memang selamat sebagai tempat untuk melabur. tapi kena ingat kena bayar tiap-tiap bulan itu merupakan satu tanggungjawab juga.
saya pernah juga buat untuk 100k. masa tu kena bayar 680 sebulan, kalau tak silap saya. setahun dapat la dalam 7k dividen. tapi disebabkan kekangan kewangan saya terminate dalam tempoh 5 tahun. dapat la sikit untung.
sekarang saya loan bali ASB ni. tapi 35K aje. itupun pihak bank pujuk suruh increase ke 50K. saya tetap tak mahu sebab saya kira berapa interest yang pihak bank akan dapat. kena bayar RM301 untuk 14 tahun. kira ok le tu. bagi saya, itulah jumlah yang saya mampu bayar. yang selebihnya saya gunakan cash untuk melabur dalam ASB. so saya akan dapat dividen dan juga bonus. kalau tak ada transaksi dalam buku akaun tu, maka kita hanya akan dapat dividen sahaja, bonus takda…tapi kena ingat kena ada target. hujung tahun nak berapa ribu dalam akaun. dan jangan lupa disiplinkan diri. jgn nak tukar Handphone @ shopping je…ha.ha

Farah 17 May, 2015 at 11:43 pm
setuju ttg emas, mmg pelaburan yg baik, tapi ad beberapa risiko yg perlu diambil kira dan ilmu yg kene ad, cthnya, harga emas x tetap sekejap boleh naik n sekejap boleh turun, n kalau beli jongkok emas, walaupun harga naik x semestinya kita untung sebab bergantung jugak pada spead harga emas tu bila nak jual balik, n kene cari dealer yg nak beli jongkong emas, emas boleh jadikan simpanan, tapi bukan semuanya simpanan jadikan emas, ttg takaful, saya setuju, takaful penting, walaupun com sediakan medical card, ttp perlukan medical card sendiri incase ape2 terjadi, n lebih secure, n ttg unit trust, saya berkerja ngn award winning unit trust com, tapi belum bersedia untuk invest dlm unit trust, buat masa ni cukup ngn asb, tabung haji n takaful

km25 18 May, 2015 at 11:46 am
Nk labur emas kena timba ilmu cukup2, tersilap langkah bukan sikit rugi, ribu ratus ribu juta. Xmustahil

Sue 17 May, 2015 at 11:39 pm
Terkenang zaman mula kerja dulu2.. X de perancangan kewangan mcm ni. Syukur tersedar sebelum terlambat..

hannan rifqi 17 May, 2015 at 11:27 pm
tambah pendapatan.
kalau lebih dari 50% dari pendapatan tetap..duit tu leh rolling untuk buat yang 30% tu.
Janji, disiplin sikit masa nak labur itu atau labur ini.
Mula awal atau lambat takde hal rasanya. Janji, ada ilmunya.
Takde ilmu, belajar dulu.

HADZIQ 17 May, 2015 at 11:27 pm
Perkongsian yg bagus. Bgmn jika saya menyimpan dlm Takaful? Moron pencerahan. Terms kasih.

HADZIQ 17 May, 2015 at 11:28 pm
*mohon
Maaf typo..

Noriza Rahman 17 May, 2015 at 11:22 pm
Saya pun mula menyimpan unit trust selepas 3 tahun bekerja..dan mampu beli rumah selepas 5 tahun bekerja dengan gaji hanya RM2800..setuju denfan cadangan AS tu..

dun 17 May, 2015 at 11:07 pm
saya fresh graduate dan tak berkerja lagi. Income datang dari blogging+internet bisnes.setakat ini cuma menyimpan RM200 sebulan ke dalam asb.
Income selebihnya saya biarkan dalam akaun personal dan current akaun. kira current akaun saya gunakan untuk kembangakan income saya, dan personal akaun untuk kegunaan makan minum,bayar bil,bagi mak.

Z 17 May, 2015 at 10:27 pm
Terbaek. Saya akan cuba buat. Cuma takaful tiada lagi buat masa ini

29. Proud husband & father. Blogger & business owner. Writes about financial stuff and travels in between.

Informasi dari google search

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *