Kaveat

 

Sekatan kepentingan

  • Merupakan batasan atau sekatan ke atas hak-hak tuan tanah bertujuan untuk mengawal kepentingan tanah tersebut. Jika tanah anda memiliki sekatan kepentingan, ia akan dinyatakan di dalam geran tanah tersebut. Contoh-contoh sekatan :-

√ Tanah yang diberi milik ini tidak boleh dipindah hak milik digadaikan atau                     dipajakkan

√ Tanah ini tidak boleh dipindah hak milik atau dipajak kecuali dengan kebenaran           Pihak Berkuasa Negeri. Sekatan kepentingan ini dikecualikan kepada orang                   Melayu

√ Tanah yang terkandung di dalam hak milik ini tidak boleh dijual atau dipindah               milik dengan apa cara sekali pun kepada Bukan Warganegara / Syarikat Asing               tanpa persetujuan Pihak Berkuasa Negeri

Surat protes (caveat)

  • Surat protes dikeluarkan bertujuan untuk menghalang segala aktiviti berlaku ke atas tanah tersebut.
  • Tuan tanah perlu menyelesaikan masalah caveat tersebut sebelum membuat pinjaman perumahan kerajaan.
  • Cara menyelesaikan masalah tersebut ialah mereka yang mengeluarkan caveat perlu     menandatangani borang balik caveat (19G), manakala kos yang perlu dikeluarkan           ialah RM 100 dan hanya mengambil masa sehari.

Jenis-jenis tanah:

1. Pegangan milikanbebas (freehold/kekal)

  • Merupakan tanah dimana pemilik tanah pegangan bebas miliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pengambil balik tanah oleh kerajaan).
  • Sebagai contoh,  jika dokumen hak milik itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar            Tanah Negeri maka ianya menggunakan No.Hak milik seperti Geran 1234 manakala jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka No.Hak milik adalah seperti Geran mukim 1234.

2. Pajakan (leasehold)

Merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan.Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh kerajaan Negeri / Pejabat tanah adalah 99 tahun.

3. Hak milik sementara

  • Merupakan tanah yang masih belum memiliki status muktamad sama ada ia merupakan tanah pegangan milikan bebas atau pajakan.
  • Dokumen hak milik muktamad akan menggunakan no. pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, Pajakan Mukim dan sebagainya.
  • Untuk hak milik yang belum muktamad, no. pengenalan hak milik yang digunakan yang mungkin anda pernah lihat adalah seperti H.S.(D)11234 atau H.S.(M)1234.

4. Tanah lesen pendudukan sementara (tanah lot)

  • Ia merupakan tanah lesen pendudukan sementara kerana tempoh sahnya singkat dan tidak boleh di serah hak.
  • Tanah jenis ini tidak boleh digunakan untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan kerana tidak memiliki geran.

Syarat-syarat

Syaratnya ialah suatu arahan atau larangan yang dikenakan dan dinyatakan didalam hak milik keatas sesuatu tanah yang diberi hak milik bertujuan mengawal penggunaannya. Sebagai contoh:-

√ Tanah yang diberi hak milik hendaklah digunakan untuk sebuah rumah kediaman         sahaja”

√ Bangunan yang didirikan di atas tanah ini hendaklah digunakan untuk kediaman          sahaja.

√ Tanah yang diberi hak milik ini tidak boleh ditanam dengan, atau dibiarkan                    tumbuh pokok-pokok getah”

contoh sekatan kepentingan

Carian rasmi

Carian untuk memeriksa, mencatat atau ‘extract’ mana-mana daftar hakmilik, buku perserahan atau buku pembetulan atau apa-apa instrumen urusniaga atau permohonan yang disertakan kepada pendaftar dan carian rasmi tersebut perlulah ditandatangani oleh pendaftar. Ianya digunakan untuk kegunaan rasmi BPP atau bank.

Kelayakan pemohon

Mana-mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan

Kaedah permohonan

  • Hendaklah ada tandantangan PENTADBIR Tanah
  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Carian Rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah mengikut sek. 384 KTN
  • Bayaran permohonan carian rasmi sebanyak RM50.00

Permohonan

Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana hakmilik tersebut dikeluarkan.

Carian persendirian

Carian untuk memeriksa, mencatat atau ‘extract’ mana-mana daftar hakmilik, buku perserahan atau buku pembetulan atau apa-apa instrumen urusniaga atau permohonan yang disertakan kepada pendaftar. Untuk kegunaan sendiri

Kelayakan pemohon

Mana-mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan.

Kaedah permohonan

  • Tidak perlu tandatangan PENTADBIR TANAH
  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Carian Persendirian yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah mengikut sek. 384 KTN
  • Bayaran permohonan carian persendirian sebanyak RM30.00

Permohonan

Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana hakmilik tersebut dikeluarkan.

Pembelian hartanah yang belum mempunyai milik individu/strata.

  1. Hartanah hendaklah dimajukan oleh pemaju berlesen atau pemaju yang mendapat pengecualian lesen daripada KPKT.
  2. Rumah atau petak rumah kediaman telah siap 100%.
  3. Penyata baki hutang penjual kedua bagi enam (6) bulan ke hadapan sekiranya harta dicagar kepada bank/ institusi kewangan.
  4. Perjanjian Jual Beli asal antara pemaju (penjual pertama) dengan pembeli pertama (penjual kedua).
  5. Akujanji pemaju, tuan tanah dan peguam untuk pindahmilik kepada nama pemohon apabila Hakmilik Individu/ Strata dikeluarkan (Borang 5B).
  6. Persetujuan pemohon menanggung risiko kerana membeli hartanah daripada penjual yang bukan pemilik berdaftar (Borang 10).
  7. Laporan daripada JPPH yang mengesahkan kemajuan binaan rumah dan nilaian semasa
  8. Wang pembiayaan hanya akan dikeluarkan setelah penyerahan hak selesai kepada Lembaga jika hartanah tidak diserah hak kepada bank/ institusi kewangan.
  9. A New Design (6)

Kredit: http://www.mohdelam.com/mortgage-3/panduan/14-sekatan-dan-jenis-jenis-tanah/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *